Tuesday, November 6, 2012

ULASAN MENGENAI BALKANISASI SIBER 
(dipetik dari hasil tulisan Dr.Rahmat)

Balkanisasi media atau pun dikenali dengan splinternet atau cyberbalkanization telah diperkenalkan oleh Cass Sunstein.


Balkanisasi media ialah situasi di mana media mempunyai kuasa untuk memecahbelahkan khalayak kepada koloni mereka yang tersendiri, di mana koloni akan menentang koloni lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Balkanisasi berasal dari perkataan “Balkan”, di mana ini merujuk kepada pemecahan negara Balkan khususnya Yugoslavia yang berpecah kerana masing-masing menuntut kemerdekaan dan ganas antara satu sama lain. Khalayak memilih bahan berdasarkan apa ingin mereka baca dan mereka mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih bahan.

Disebabkan wujudnya Internet, jadi mereka boleh memilih apa sahaja bahan yang menjadi citarasa mereka dan apa jenis bahan yang ingin mereka baca. Namun,bahan di Internet mempunyai potensi untuk memecah belahkan rakyat kerana bahan yang mudah diakses tanpa sekatan dari mana-mana pihak dan segala yang diterbitkan tidak disunting terlebih dahulu.

Apabila kita lihat dari segi kebebasan media, media di lihat lebih bebas pada masa kini berbanding ketika zaman Tun. Dr. Mahathir. Ini kerana akhbar keluaran pembangkang bebas dijual di pasaran tanpa sekatan .Malahan untuk bahan yang sama di Internet, pengguna boleh memilih ingin membaca bahan yang mana satu dan meninggalkan ruang yang dirasakan tidak menarik untuk dibaca.

Melalui Internet, ia memungkinkan segala maklumat mengenai sesuatu subjek diperolehi kerana di Internet, tidak berlaku sekatan dalam mencari apa jenis maklumat. Malah, maklumat yang tidak berkenaan mengenai subjek seperti perkara sulit, kehidupan peribadi dan cerita tidak bertapis turut diperolehi andai ianya diakses melalui Internet. Kemudian, golongan ini akan membentuk koloni tersendiri yang bersandarkan kepada fahaman dan minat yang sama terhadap sesuatu subjek. Koloni ini pula akan bertindak ganas kepada koloni yang tidak sealiran dengan fahaman mereka.

Obsesi Internet selalu dirangsang kerana sifatnya yang bebas,tiada tapisan dan individu ada masa sendiri untuk bersendirian dengannya. Ini ditambah dengan rasa ingin tahu yang menebal dan ekspetasi terhadap objek tersebut sentiasa berlegar di minda. Ini menjurus kepada satu tahap yang lagi serius apabila individu tersebut boleh mengalami split personality danbertukar menjadi orang lain tatkala bersendirian.

Tetapi ini tidak bermaksud yang kebebasan media haruslah disekat, kerana pengamal media harus mengamalkan demokrasi dalam usaha membuka minda rakyat. Meskipun teori ini tidak signifikan di Malaysia, namun masih wujud kecendurangan kepada balkanisasi media berdasarkan beberapa isu yang pernah terjadi, antaranya Ayah Pin dan Al-Maunah.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, balkanisasi media memang ada potensi untuk memecahbelahkan kaum. Informasi yang diberikan tidakmembawa erti kerana khalayak hanya mendengar apa yang ingin mereka dengar dan tahus ahaja. Media harus berkongsi pendapat supaya minda rakyat lebih terbuka dan tidak menjadi pemilih dalam menerima maklumat.